Sunday, July 22, 2007

Peluan masih terbuka

Peluang untuk anda masih terbuka untuk memulakan perniagaan internet kerana

pengguna internet pasti akan meningkat setiap tahun. Mereka akan menjadi prospek untuk anda menjual produk anda.

Dunia kini mempunyai lebih dari 6 Bilion penduduk. Jika anda dapat menarik hanya sedikit sahaja dari mereka untuk menjadi pelanggan anda, anda pasti sudah menjadi jutawan. Mungkin anda takut untuk memulakan bisnes antarabangsa. Anda boleh tumpukan kepada lebih dari 10 juta pengguna Internet di Malaysia. Jumlah itu pasti akan terus meningkat dari tahun ke tahun. Penduduk Malaysia yang berjumlah 26 juta kini pasti akan terus membuka mata bagi mengunakan internet. Mereka adalah prospek anda.

Namun,kenapa sempitkan peluang anda untuk jadi kaya? Semua orang mahu kaya.Maka keluarlah berbagai-bagai Skim Cepat Kaya, tikam nombor ekor dan sebagainya atas dasar untuk cepat kaya. Ramai yang tertipu dengannya.Tanpa mereka sedar,mereka menuju ke arah Cepat miskin. Penganjurnya yang cepat kaya hasil menipu orang ramai. Untuk menjelajahi perniagaan internet, perkara penting ialah menguasai bahasa Inggeris.

Hari ini bahasa Inggeris telah menjadi penghubung antara benua dan segala etnik di muka bumi. Jangan jadikannya sebagai alasan anda untuk tidak meceburi bidang internet ini. Usahakanlah untuk membangunkan diri anda. Keluarkan sedikit modal untuk mepelajari bahasa Ingeris untuk kemajuan diri anda sendiri. Seseorang yang berilmu pasti dihormati orang lain..

No comments:

Post a Comment